Rabu, 3 Januari 2018

Dana Baru vs Dana Lama. Yang mana lebih baik?

Dana Baru vs Dana Lama. Yang mana lebih baik?


Dana Baru vs Dana Lama. Yang mana lebih baik?

Kerap kali, saya telah ditanya mengenai soalan ini. Terutama sekali ketika pelancaran dana baru. Kita perlu labur dalam dana baru atau terus kekal labur dalam dana lama?

Terdapat orang yang percaya bahawa dana lama lebih baik. Alasannya ialah terdapat rekod prestasi masa lalu. Anda mempunyai sedikit gambaran bagaimana prestasinya. Jadi, anda boleh mempunyai "rasa" terhadap prestasi masa depannya.

Terdapat juga orang lain yang percaya bahawa dana baru lebih baik. Alasannya pengurus dana mempunyai permulaan yang baru. Wang itu akan dilaburkan ke dalam pasaran saham terbaik sekarang. Tak perlu bimbang tentang sejarah masa lalu dan juga kemungkinan kerugian stok. 

Dijelaskan di bawah adalah pemahaman saya dan anda harus melakukan penyelidikan sendiri untuk perbandingan.

Tidak kira bila dana bermula. Sama ada dana baru atau sangat lama. Alasannya, apabila anda mula melabur dalam mana-mana dana, anda membayar pada nilai pasaran semasa. Semua keuntungan dan kerugian aset telah dikira dalam harga dana semasa. Jika anda tidak melabur sebelum ini, anda tidak terjejas oleh keuntungan dan kerugian masa lalu. Anda tidak mendapat atau kehilangan apa-apa.

Mari lihat perbandingan sampel antara 2 dana yang sama. Dana A (Garis Biru) dilancarkan pada 1997 dan Dana B (Garis Oren) dilancarkan pada tahun 2011. Terdapat perbezaan 14 tahun. Kedua-dua dana dikelaskan sebagai Ekuiti Malaysia dalam Klasifikasi Lipper. Kedua-duanya mempunyai objektif dana  dan Penanda Aras yang sama.


Anda akan melihat bahawa prestasi dana kedua hampir sama untuk 5 tahun yang lalu. Dari Laporan Dana Suku Tahunan yang berakhir pada 29 Sep 2017, di bawah diekstrak dari jadual prestasinya.




Jumlah Pulangan untuk tempoh yang berbeza hanya ada sedikit perbezaan sahaja. Bagi prestasi 1 tahun
dan tempoh 5 tahun, prestasi dana B  lebih baik daripada Dana A. Walau bagaimanapun, untuk 3 tahun
prestasi Dana B kurang daripada dana A. Mari bandingkan prestasi Dana A dengan dana lain dalam
tempoh 5 tahun yang sama. Berikut adalah graf Prestasi Dana antara Dana A, Dana Asing dan 
Dana Bon.


Anda boleh melihat perbezaan besar dalam ketidaktentuan prestasi dan pulangan dalam tempoh 5 tahun yang lalu. 
Dana bon kurang 'volatile/turun naik'  dibandingkan dengan dana ekuiti. Dana asing lebih 'volatile/turun naik'  daripada dana Malaysia.
 
Terdapat banyak perbandingan lain antara dana lama dan baru yang saya lihat.
 
Sebagai kesimpulan, tidak ada pemenang jelas antara dana lama atau baru. Prestasi dana berbeza-beza antara objektif dana yang berbeza, perbezaan negara dan kelas aset.
 
Jadi, Diversifikasikan Dana anda untuk mempunyai Pelaburan yang Lebih Seimbang.
Terjemahan oleh En Owi Kian Eng dari
 
Blog Bahasa Inggeris dari blog Mr. Sean Tan
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dana Baru vs Dana Lama. Yang mana lebih baik?

Dana Baru vs Dana Lama. Yang mana lebih baik? Dana Baru vs Dana Lama. Yang mana lebih baik? Kerap kali, saya telah ditanya mengena...